Kaedah mendidik anak menjadi cemerlang sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti
atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan
berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd
Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21
Kaedah Mendidik Anak Menjadi Cemerlang, ilmu mendidik
anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana
perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan
agama.
Rasulullah s.a.w. telah
menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:Anak yang baru
lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan
membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: Anak berumur
tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan
arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: Anak berumur 15
tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar
pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan
syariat.
Tahap keempat: Anak berumur
lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi
tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai
penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
1. Pesanan dan Arahan
Pesanan dan arahan merupakan
salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak
hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana
reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan.
Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan
bosan.
Menurut pandangan pakar
pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200
kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat
bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
·
Mengenai solat di awal waktu
·
Adab dengan orang tua-tua
·
Adab dengan guru
·
Adab dengan kawan-kawan
·
Tugas harian di rumah
·
Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
·
Tatacara makan mengikut sunnah nabi
·
Cara belajar yang berkesan
·
Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari
rumah
·
Keselamatan jalan raya
·
Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2. Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan
hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada
Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik
anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka,
menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada
cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak
boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan
bergantung kepada kemahiran pencerita.
3. Soal Jawab
Kaedah ke-3 dalam
mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan
menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal
jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran
mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira
masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan
dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha
menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti
jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak
tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang
ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka
bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli
keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa
kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda
anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi
yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
4. Merujuk Pengalaman Lalu
Pengalaman yang positif boleh
dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman
ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang
terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang
ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman
anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn
peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang
pernah mereka kecapi.
5. Nasihat dan Teguran
Berilah nasihat dan teguran
kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan,
suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan
kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat
setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan
teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah
kedua-duanya atau tunduk.
6. Bermain dan Bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa
kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat
pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain,
beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk
menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi,
apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang
berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas
seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan
tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau
atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu
tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan
tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan
sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
7. Latihan yang Berterusan
Anak yang cemerlang perlu
dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh
Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara
praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri
diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi
tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan
kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja
dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka.
Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan
yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri,
menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu
diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh
diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan
apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan
penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu.
Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Terima kasih kerana membaca artikel Santapan Minda : Kaedah Mendidik Anak Menjadi Cemerlang
Sumber : Blok Perniagaan
saiful Bahri